jobdirumah

Guablog

Monday, October 7, 2013

Khasiat Kacang Panjang dan Kencing Manis


Penemuan di Cina, Ada pesakit diabetes di sana makan kacang panjang untuk menurunkan kadar gula dalam badan. Caranya : blender 12 batang kacang panjang dicampur 1 tomato merah...minum sampai habis..buat dua kali..Kemudian silalah intai2 gula dlm badan di hari esok....kadar gula akan turun mendadak........memang alternatif ini sangat sukar untuk diamalkan..

Selain itu kacang panjang ini baik untuk mengubati radang sendi, mengurangkan risiko stroke, serangan jantung, darah tinggi, mencegah sembelit, mencegah diare, anti bakteria dan mencegah anemia...

Semua penyakit ada ubatnya...cuma kemungkinan kita alahan atau tidak serasi dengan ubat ..yang penting kita berusaha mencari pilihan2 untuk mencegah dan mengurangkan sesuatu penyakit sebelum serius......

Wednesday, October 2, 2013

‘Mr Bean’ masuk Islam?


Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.
Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.
Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.
Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.
Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.
Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013.

Tuesday, October 1, 2013

Khasiat air kelapa


Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan airkelapa terhadap tubuh badan anda adalah……
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...