jobdirumah

Guablog

Saturday, April 27, 2013

Mustafa Ali 'tidak muncul' di Masjid Rusila untuk sumpah laknat



MARANG 26 April - Usaha para wartawan bergegas ke Masjid Rusila dekat sini, bagi membuat liputan mengenai Datuk Mustafa Ali yang dikatakan bersedia bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu hari ini, ternyata sia-sia.
Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan sehingga selesai solat Jumaat.
Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi ini.
Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.
Malah, para wartawan yang setia menunggu juga dimaklumkan oleh penyokong Pas mereka tidak mengetahui mengenai upacara sumpah laknat seperti disebarkan menerusi internet itu.

"Ini berikutan tekanan yang terlalu kuat datang dari pelbagai sudut yang inginkan penjelasan konkrit, bukan memberi 1001 alasan seperti Anwar bin Hj Ibrahim.
"Alasan, bukan seperti perut saya..bukan seperti saya.. mirip saya.. fitnah.. kerja jahat UMNO," ini semua alasan karut kata sumber !
"Insya-Allah selepas solat Jumaat esok kita tunggu.. aakj dan team sudah d Terengganu..sabar ye..kita mohon agar beliau tenang semasa bersumpah !!"
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penyebaran meluas rakaman video seks lelaki yang mirip Mustafa menerusi laman blog serta dalam bentuk video cakera padat (VCD) di beberapa kawasan di sekitar negeri ini.
Berikutan penyebaran video itu, Mustafa menerima tekanan banyak pihak supaya segera membuat laporan polis bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam video tersebut namun beliau sehingga kini belum membuat laporan tersebut.


Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, April 20, 2013

[DAP Ganti PAS] Karpal Singh bakal Mursyidul Am PAS ganti Nik Aziz ? #PRU13


Rakyat tertanya-tanya kenapa Penubuhan Negara Islam & Perlaksanaan Hukum Hudud tidak ada dalam manifesto Pakatan. Akhirnya jawapan sudah terang & jelas apabila DAP ada kemungkinan menggunakan logo PAS dalam PRU13.

Ini juga adalah bukti bahawa PAS terus kekal sebagai BALACI & LEMBU DAP.

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita Selepas Kita Mati?



Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..
Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~ jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..
Semoga Allah redha dengan perkongsian ini.
by Ustaz Hashim Al-Maranji

APA ITU PLURALISME AGAMA?


APA ITU PLURALISME AGAMA??..& PANDANGAN ULAMA.

Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa SEMUA AGAMA ADALAH SAMA.Ia adalah satu bentuk tolenrasi agama dimana agama apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama (different way of the same truth).

Kerana itu,tidak boleh ada 'dakwaan kebenaran' (claim of truth) dari agama mana pun bahawa agama mereka lah yang paling benar ,dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar ( true salvation) dari seksa neraka hanya diperoleh apibila memeluk agama tertentu sahaja.

Menurut fahaman ini,kerana agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza menuju titik kebenaran yang sama maka semua agama pasti akan menghantar pemeluknya menuju syurga.

Dari idea pluralisme inilah maka lahir perbagai gagasan lainnya sebagai usaha ke arah mewujubkan tolenrasi beragama sepertidialog antara agama,doa bersama,perayaan bersama dan sebagainya bersama.


(Foto Kanan).Anwar Ibrahim sama mengikuti upacara mengikuti sembah mayat Teoh Beng Hock dalam majlis pengkebumian jenazah.Sebagai penganut pluralisme mengamalkan upacara agama lain merupakan satu kebiasaan.




Pada 2 April 2009 ketika berkempen diBatang Air,Serawak,Anwar Ibrahim menyatakan,

"Isu pengunaan nama ALLAH tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama ALLAH,jadi biarkanlah...."

Dan semasa berucap di The London School Of Economics and Political Science (LSE) pada 18 Mac 2010 bercakap tentang kebebasan agama.beliau turut menyetuh tentang kebebasan dalam Islam dan mengaitkan bahawa agama lain patut berkongsi antara satu sama lain.

Terdapat 12 perkara yang diucapkan oleh Anwar bertentangan dengan ajaran Islam.antaranya,ayat Quran 'tiada paksaan dalam beragama' dan dikatakan Anwar merupakan ayat yang menyokong pluralisme.malah beliau turut menyatakan semua agama adalah sama kerana akhirnya ia akan menujukan kepada yang satu.(Ucapan Anwar ini terang-terangan memperlekehkan kedudukan dan kebenaran islam.

***************************************************************** 
                                                                                                                                                                        
Pandangan Ulama !!!

"Fahaman pluralisme amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera.hakikatnya islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi.islam agama yang terpelihara sehingga hari kiamat"-Dr Mohammad Uthman El-Mohammady.Felo Amat Utama,International Institute Of Islamic Thought And Civilization (Istac).

Pandangan Ulama !!!

"Itu lah masalahnya.Anwar tidak pernah menzahirkan sebelum ini.sekarang baru dia zahirkan (sebut).

"Kalau dulu dia (Anwar) kata,dulu lagi saya dah kata dia MURTAD,orang yang kata semua agama adalah sama adalah MURTAD.pasal Tuhan kata INNA DIN IND ALLAH AL ISLAM.Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu ISLAM"-Tan Sri Datuk Dr Harunsani Bin Zakaria,Mufti Perak.

**********************************************************************************
"Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam"-(Ali-Imran ayat 19).

"Barang siapa mencari agama lain selain Islam,maka sekali-kali tidaklah akan diterima (Agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi"-(Ali-Imran ayat 85)

Perjuangan Ambiga





Assalamualaikum..

sana sini orang sibuk mempertikaikan perjuangan Ambiga melalui IFC.. Apa perjuangan dia? Meh baca :


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Monday, April 15, 2013

PRU13: Datuk Zulkifli Nordin calon P.108 Shah Alam.


Calon Bebas yang akan menggunakan lambang BN, Datuk Zulkifli Noordin mengisi borang penamaan calon bagi bertanding kerusi P108 Shah Alam

Macamana nak stop service dari no 38888


Kita kadang-kadang terima mesej/sms dari no 38888, untuk pengetahuan anda kredit kita akan dicaj sebanyak 50 sen setiap kali terima mesej dari 38888. Jadi saya nak share macamana nak stop dari terima sms berterusan :

1. Taip STOP
2. Send ke 38888

Itu saja, nanti kita akan terima balasan " Your subscription to TW has been Terminated"

Siap.

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Mengundi PRU13


SPR tetapkan 5 Mei tarikh mengundi, 20 April penamaan calon bagi PRU13


PUTRAJAYA, 10 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Ahad, 5 Mei 2013.
Badan pengendali pilihan raya itu juga menetapkan Sabtu, 20 April 2013,  sebagai  tarikh penamaan calon dan 30 April untuk pengundi awal, dan menjadikan tempoh kempen untuk parti politik sebanyak 14 hari.
"SPR menetapkan penamaan calon pada 20 April, tarikh pengundi awal pada 30 April, dan tarikh mengundi pada 5 Mei 2012," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.
Jelasnya lagi, Pilihan Raya 2013 kali ini juga menggunakan peruntukan sebanyak RM400 juta, yang mana menurutnya jumlah perbelanjaan tertinggi setakat ini.
"Tapi kita tidak pasti jika Pilihan Raya ke-14 akan lagi tinggi, kita tak tahu," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, genap empat tahun perdana menteri keenam itu menggalas tanggungjawab sebagai perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Bagi tujuan itu, Abdul Aziz berkata, SPR juga telah melantik 222 pegawai pengurus, dan 1088 penolong pegawai untuk tujuan memantau tempoh rasmi berkempen.
"Daftar pemilih yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2011, suku tahun pertama, kedua, ketiga, keempat 2012 yag dinyatakan dalam notis pewartaan pada 11 April 2013," kata Abdul Aziz.
Sejumlah 13.3 juta pemilih berdaftar akan membuang undi dalam pilihan raya kali ini.
"SPR juga telah menubuhkan 379 pegawai penguatkuasa yang juga merupakan ketua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya," tambahnya.
Bagi menjalankan PRU 13, SPR juga jelasnya telah memperuntukkan 8,789 pusat mengundi, dan 26, 219 tempat dan saluran mengundi.
"Bagi pengundi awal, kami telah menetapkan 544 pusat mengundi awal dan 842 saluran mengundi," katanya..
Kedua-dua parti politik di negara ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN.
Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu.
Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

Tuesday, April 9, 2013

Skybox + CCline


Skybox F3 + Ccline 6 bln + Pos = RM350
Mesti ada Internet line kat rumah dan dics Astro.
Semua setting dah siap tinggal pasang je..
then boleh ucap bye-bye pada Astro..

Minum teh membawa padah?

Mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan teh yang berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan gigi serta tulang rapuh?

Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang. 
Journal Perubatan Britain yang diterbitkan pada tahun 2009 turut melaporkan bahawa teh yang diminum dalam suhu sepanas 70 darjah celcius boleh menyebabkan kanser esofagus. 

Jadi, bagaimana anda patut mengehadkan jumlah teh yang diambil? Kebanyakan pakar kesihatan mendapati bahawa 100 sehingga 150 uncang yang boleh membuat 12 cawan teh sehari adalah keterlaluan. Seliter teh boleh mengandungi sehingga 9mg flourida, iaitu sejenis bahan yang sekiranya diambil terlalu banyak boleh mengakibatkan fluorosis rangka, tulang rapuh serta kesakitan dan kekejangan ligamen. Mereka yang pada kebiasaannya minum sekurang-kurangnya 3.78 liter teh selama tiga dekad besar kemungkinan akan mengalami masalah sedemikian. 

Demi mengelakkan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk minum teh yang tidak terlalu panas. Di samping itu, anda turut digalakkan untuk mengambil teh hitam kerana ianya adalah lebih sihat memandangkan the jenis itu mengandungi sejenis bahan anti-oksida yang dikenali sebagai polifenol. Tambahan pula, terdapat kajian yang mendapati bahawa tiga atau lebih cawan teh hitam sehari boleh mengurangkan masalah jantung.

WeChat Kini Berada Di Malaysia


Dengan lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia, WeChat kini mengorak langkah untuk mengembangkan sayap mereka di Malaysia, dengan melancarkan buat pertama kalinya iklan televisyen Bahasa Malaysia pertama syarikat tersebut yang dibintangi oleh selebriti hebat Lisa Surihani and Shaheizy Sam,  yang juga merupakan duta WeChat.
Poshu Yeung dari WeChat mengatakan, “Apabila kami melancarkan WeChat pada Januari 2011, aplikasi ini mendapat sambutan di luar dugaan dengan pengguna yang melebihi 300 juta dalam tempoh hanya lebih 2 tahun. WeChat adalah salah satu aplikasi komunikasi sosial mudah alih yang berkembang paling cepat.”
Dilancarkan di Malaysia pada Jun 2012, platform komunikasi sosial mudah alih percuma ini menyokong penghantaran perbualan langsung (live chat), suara, video, foto dan mesej teks, dan seterusnya menjadi amat popular di kalangan pengguna akaun tempatan. Kepopularan WeChat di kalangan rakyat Malaysia telah menaikkan kedudukan aplikasi tersebut ke nombor satu di dalam kategori rangkaian sosial percuma di iOS Appstore dan kategori komunikasi percuma Android Google Play untuk setahun. Ia turut berada di kedudukan atas di dalam kategori percuma secara keseluruhan.
Apabila ditanya, Yeung berkata TenCent, syarikat pembangun WeChat, akan sentiasa memastikan bahawa WeChat adalah percuma buat selama-lamanya, dan mensasarkan untuk mendapatkan 75% daripada pasaran tempatan untuk aplikasi chat. Beliau juga berkata aplikasi game dan hiburan akan dimasukkan ke dalam WeChat di masa yang terdekat.
Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Ba U Shan-Ting, Presiden Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura yang juga merupakan rakan kongsi WeChat.

Monday, April 8, 2013

Iklan Kelakar


Jimmy Shanley tak dapat hak jagaan anak


Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley gagal mendapat hak jagaan anaknya apabila Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak jagaan penuh anak perempuannya Zahrah Rania Shanley berusia sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Menurut laporan dari mStar, Jimmy bagaimanapun telah diberikan hak untuk melawat dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu.
"Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis, 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir," ujar Hakim Syarie Mawardi Che Man.
Terdahulu, pihak plaintif iaitu Nursuhaila telah memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy mengemukan bantahan berhubung kelayakan bekas isterinya itu untuk menjaga anak mereka.

Sunday, April 7, 2013

Chong Wei diaib pemain ranking 196


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila kalah mengejut kepada bintang muda China, Tian Houwei pada separuh akhir Terbuka Australia di Sydney, hari ini.

Chong Wei, 30, pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, gagal mengekang kelincahan pemain berusia 20 tahun itu apabila  tunduk 19-21, 21-17, 18-21 dalam pertarungan selama 81 minit.

Ini merupakan pertemuan pertama Chong Wei dengan Tian Houwei, bekas juara remaja dunia 2009, yang memiliki ranking ke-196  dunia.

Tian Houwei akan beraksi di pentas final esok dengan menentang rakan senegara Xue Song yang sebelum itu mengalahkan pemain  Indonesia Alamsyah Yunus, 21-10, 18-21, 21-15.

Cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas beregu lelaki nombor 16 dunia, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan  Mohd Tazari turut mengalami nasib sama dengan Chong Wei.

Beregu negara itu gagal melangkah ke final apabila dengan mudah dikalahkan oleh pasangan Indonesia Mohammad Ahsan/Hendra  Setiawan, 21-18, 21-18 dalam masa 27 minit.

Gandingan Indonesia itu bakal bertemu beregu senegara Angga Pratama/ Ryan Agung Saputra pada perlawanan akhir esok.      Angga Pratama/Ryan Agung mengisi slot final selepas mengalahkan beregu Korea selatan, Dae Eun Kim/Baek Choel Shin 21-9,  21-14 dalam masa 26 minit pada satu lagi saingan separuh akhir. - Bernama

Friday, April 5, 2013

Semakan Daftar Mengundi

Semak dulu sebelum pergi mengundi.....jangan pakai redah je...
klik link dibawah...


@

Kurangkan mata sembab dengan pisang


Mata yang sembab sememangnya bukan sesuatu yang mencantikkan. Ianya turut memberikan petanda masalah kesihatan yang diakibatkan oleh kurang tidur dan zat makanan. 

Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh mencuba tip secara sendiri di rumah yang lebih mudah dan tidak perlu memakan belanja terlalu banyak. Antaranya adalah pengamalan pemakanan pisang pada setiap hari. 

Kaya dengan kalium, bahan mineral tersebut mampu mengawal jumlah air yang tersimpan di bahagian mata. Selain itu, diuretik semulajadi yang elok diambil adalah seperti strawberi, tomato dan teh hijau.

Sumber : my.entertainment.yahoo.com


Tutup sekolah gara-gara konsert Justin Bieber


Lima buah sekolah di Norway telah mengambil keputusan paling luar biasa pernah kita dengari apabila telah mengubah semula jadual peperiksaan semata-mata untuk membolehkan pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghadiri konsert Justin Bieber yang akan diadakan di Bandar Oslo.
Konsert bintang sensasi tersebut dijadualkan di Arena Telenor, Norway pada 16 dan 17 April ini telah mencetuskan kebimbangan dikalangan pelajar-pelajar kerana tarikh tersebut sama dengan tarikh peperiksaan penggal pertengahan mereka.
Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Norway telah mengesahkan lima buah sekolah di barat laut Oslo, dibenarkan mengubah semula tarikh peperiksaan bagi membolehkan pelajar-pelajar pergi ke konsert Bieber.

Sumber : my.entertainment.yahoo.com

Thursday, April 4, 2013

Perempuan Berpakaian Tetapi Telanjang!

 Nauzubillah! Perempuan Berpakaian Tetapi Telanjang!-Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua. Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Kakak Memakai Baju Adik 8 Tahun
Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Di dalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutuk rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum Hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang lain yang melihatnya tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.
Kesan Negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk Berubah
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham – Solusi Isu #21
Sumber-http://www.islamituindah.my/



Wanita Makan Sekilo Batu Setiap Minggu


Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali. 
”Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu saya makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan

”Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya.

Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.

Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begiu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.

”Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”.

Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya.

[Sumber] busuk.org

Ramalan seseorang....


Janji Akan Dituntut....


Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Bubar !!!


Akhirnya, Parlimen dibubarkan

3 April — Dewan Rakyat telah sah dibubarkan, pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan. Pilihan raya umum bakal diadakan selewat-lewatnya 20 April ataupun seminggu selepas itu pada 27 April, bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Monday, April 1, 2013

Bubar Parlimen?

Tasha Vs Mahali?

Tasha Shilla kini bercinta dengan Mahali Jasuli?

Aktres jelita Tasha Shilla kini dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.
Hubungan antara mereka berdua mula hangat diperkatakan selepas Mahali membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati lakonan Tasha menerusi rancangan "Meletup" yang disiarkan di Astro Ria dan turut memberitahu mereka pernah beberapa kali keluar bersama.
"Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kami pergi makan di Nando's, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudian bila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berdua saja. Kalau tidak silap pada awal Mac lalu," kata Mahali yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan. 
Sementara itu, Tasha memberitahu bahawa dia selesa berkawan dengan Mahali dan mengakui selalu berhubung jika ada masa lapang.
"Saya selesa berkawan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bola sepak dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang, kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra, mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu."
Terdahulu, Tasha pernah membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berpunya, namun enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu.



Lawak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...