jobdirumah

Guablog

Sunday, March 31, 2013

Nama Tak Elok Dalam Islam

Nama-nama Terlarang

Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)
 
AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela

Kalimah Allah Di Atas Kepala Cristiano Ronaldo

Thursday, March 28, 2013

Azazil - Siapa dia?


Sebuah gambaran tentang Azazel dalam bentuk yang sangat dikenali, iaitu bentuk syaitan-kambing jantan, karya Collin de PlancyDictionnaire Infernal (Paris,1825).
`Azâzîl (Arabعزازل ‘Azāzīl, InggerisAzazelIzazil) merupakan nama asli dari Iblis[1] yang merupakan ketua daripada bangsa jin,[2]sedangkan pendapat lain mengatakan bahawa nama asli bagi Iblis adalah al-Harits.[1] Menurut syariat Islam `Azâzîl adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sebelum diciptakannya AdamAzâzîl pernah menjadi Imam para Malaikat(Sayyid al-Malaikat)[3][4] dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Syurga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum menderhaka kepada Allah. Nama Azazil dapat ditemui dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48).

Tahukah Anda ? Siapa Paparazi



Paparazi ialah istilah bahasa Itali yang merujuk jurugambar bebas yang sering mengekori orang ternama atau orang terkenal untuk mengambil gambar orang tersebut tanpa disedari. Paparazi cendurung bekerja bersendirian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau organisasi media perdana. Mereka bukanlahwartawan dan selalunya tidak mempunyai apa-apa sijil dalam fotografi mahupun seni halus. Jurugambar paparazi biasanya dianggap sebagai pengacau oleh selebriti.

Cristiano Ronaldo Melakukan Sesuatu Yang Mengejutkan Umat Islam Dan Dunia




Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Group F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.
Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, ‘Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?’ Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, “Saya berada di bumi Palestin.”
Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.
Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. -ANTARA

Budak 12 tahun diharam guna FB



Manitoba (Kanada): Seorang hakim di Kanada mengharamkan seorang murid sekolah berusia 12 tahun daripada menggunakan Facebook selama setahun.
Media tempatan melaporkan, keputusan itu dibuat selepas dia mengancam dua remaja menerusi rangkaian sosial berkenaan .
Menurut stesen radio CJOB, tertuduh memuatnaikkan ancaman dengan berkata dia mahu mencekik hingga mati dua bekas rakannya kerana berebutkan seorang budak lelaki.
Murid itu mengaku bersalah membuat ancaman itu dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun di samping 50 jam kerja kebajikan. Selain itu, hakim juga mengarahnya memadamkan akaun Facebooknya.

Ibu murid itu menyokong keputusan mahkamah tetapi peguamnya membantah dengan alasan Facebook adalah kehidupan sosial remaja masa kini. - AFP

Wednesday, March 27, 2013

Whatsapp kini boleh dimuat-turun untuk BB10

Whatsapp kini telah tiba ke BB10
Anda baru membeli sebuah unit Z10 dan ingin untuk berhubung dengan rakan-rakan anda yang berada di platform yang lain? Jangan gusar – kini and aboleh berhubung dengan menggunakan Whatsappm yang kini sudah hadir ke platform Blackberry terbaru ini.
Sebelum ini anda perlu menjalankan aplikasi Whatsapp versi Android di Z10 jika anda mahukan kebolehan untuk berinteraksi dengan kawan-kawan di platform yang berbeza. Kini, melalui aplikasi WhatsApp untuk BlackBerry 10, ia membawakan rekabentuk yang telah dioptimasikan untuk platform BlackBerry 10, selain membolehkan pengguna sync senarai kawan-kawan anda daripada SIM terus ke WhatsApp.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp terus daripada BlackBerry World hari ini, dan terus berkomunikasi dengan rakan-rakan anda melaluinya.



Mesej Penting dr para Isteri ..

Kena letak kat profile suami masing-masing...

Anak Mr. Bean !!!

Baru 4 bulan !!

Tuesday, March 26, 2013

Awas ! Hati-Hati Ketika Makan Kangkung


PENTING : WASPADA KETIKA MAKAN KANGKUNG | Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG.
Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut.
Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit.
Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh.
Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor,
“makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?”
“ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik.
Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.
Doktor segera melakukan X-RAY dan ternyata dalam usus anak tersebut telah membiak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medik apapun kerana kes sedemikian adalah luar kemampuan mereka.
Akhirnya, budak malang itu pun MENINGGAL DUNIA.
Setelah diperiksa kembali, ternyata Lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.
Memang, untuk penggemar kangkung tumis, bahagian yang paling sedap adalah BATANGNYA.
Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis, proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap dan rangup ketika dikunyah.
Lintah hanya akan MATI jika DIBAKAR.
Di dalam usus budak malang itu, lintah hanya perlu masa 1 – 2 hari untuk membiak.
Jika ada keluarga atau sahabat yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh dihasilkan daripada rokok tembakau) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.
Dan disarankan bila anda memasak kangkung sila belah batangnya dan bersihkan dengan air secukupnya.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...